Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan adalah penting bagi memastikan pelajar mendapat peratusan input yang tinggi. Terdapat pelbagai saranan dan cadangan bagi membolehkan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, seterusnya membolehkan pelajar mempraktikkan apa yang dipelajari kedalam situasi kehidupan yang sebenar. Antara perkara yang boleh dijadikan panduan bagi memastikan apa yang dirancang mencapai objektif yang digariskan ialah:
Pertama, memberi bantuan klinikal iaitu membuat analisis keupayaan pelajar, kekuatan dan kelemahannya.Menyediakan pengalaman baru dalam pembelajaran.Memulihkan pelajar lemah, kukuhkan pelajar sederhana dan perkayakan pelajar cemerlang.
Kedua, merancang pelajaran, dengan bersedia lebih awal; induksi, perkembangan dan penilaian.
Ketiga, melaksanakan pengajaran instruktional, pilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai.
Keempat, pengurusan bilik darjah, mengawal kelas supaya kelas berada di dalam keadaan yang kondusif. Sebaik-baiknya pelajar berada di dalam keadaan 'alfa', bagi memudahkan menerima pengajaran.
Kelima, memantau kemajuan pelajar melalui TOV yang telah dihasilkan seawal pembukaan sekolah.
Keenam., menyayangi pelajar. Tunjukkan kepada pelajar bahawa kita gembira bersama mereka.