Pages

Saturday, 25 February 2012

Stesen Geografi 2011

Sebuah program peningkatan akademik telah dilaksanakan oleh Panitia Geografi bagi membantu meningkatkan penguasaan murid-murid terhadap isi kandungan subjek Geografi. Sasaran bagi aktiviti kali ini adalah pelajar daripada kelas 3 Gemilang, 3 Cemerlang dan 3 Olimpik. Aktiviti ini telah diadakan pada 14 April 2011 (Khamis) sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 secara khususnya dan PMR amnya. Aktiviti ini dijalankan bagi menggalakkan sikap bekerjasama pelajar dalam mencapai kejayaan.

Pelajar sedang merancang strategi untuk menjawab soalan-soalan yang diberi.


Pelajar bertungkus lumus menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan.


 Menjawab soalan sehabis baik.


Peace..kami berjaya menjawab semua soalan.



  
Guru memantau pelaksanaan aktiviti.

Tuesday, 21 February 2012

Kerja Kursus Geografi PMR 2012

TUGASAN 1: EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU DI KAWASAN KAJIAN

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang ekosistem hutan terganggu di kawasan kajian. Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
 • Konsep ekosistem hutan
 • Kepentingan ekosistem hutan
 • Faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu
 • Kesan ekosistem hutan terganggu
 • Cadangan untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan terganggu
 • Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian
----------------------------------------------------------------------------------------------------
TUGASAN 2: PERNIAGAAN RUNCIT(PASAR MALAM/PASAR SARI/PASAR MINGGU/PASAR TANI/PASAR TAMU/PASAR LAMBAK)

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang perniagaan runcit yang berfokuskan perniagaan pasar malam/pasar sari/pasar minggu/pasar tani/pasar tamu/pasar lambak sahaja di kawasan tempat tinggal masing-masing.Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
 • Konsep dan jenis perniagaan runcit
 • Kepentingan perniagaan runcit
 • Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit
 • Kesan negatif perniagaan runcit
 • Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit
 • Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian
 

Sample text

Sample Text

Sample Text