Pages

Friday, 27 April 2012

Cuti-cuti di Malaysia

Saturday, 21 April 2012

Aurorae



                   Aurora ialah fenomena cahaya terang yang dapat dilihat di langit malam, biasanya di kawasan kutub. Kerana inilah sesetengah saintis memanggilnya "aurora kutub" (atau "aurora polaris"). Fenomena aurora di utara dikenali sebagai aurora borealis (IPA /ɔˈɹɔɹə bɔɹiˈælɪs/), yang dinamakan bersempena Dewi Fajar Rom, Aurora, dan nama Greek untuk angin utara, Boreas. Ini kerana di Eropah ia kerap dilihat kemerah-merahan di ufuk utara seolah-olah matahari akan terbit dari arah tersebut. Aurora borealis juga dipanggil cahaya utara, dan selalu terjadi di antara September dan Oktober dan Mac dan April. Fenomena aurora di selatan, aurora australis atau cahaya selatan, mempunyai sifat-sifat yang serupa.

                        Aurora berpunca dari elektron yang mempunyai tenaga 1-15 keV, iaitu tenaga yang diperolehi elektron yang melalui beza upaya 1,000-15,000 volt. Cahaya akan terhasil apabila elektron ini berlanggar dengan atom di ionosfera, lazimnya di altitud 80-150 km. Pancaran oksigen atom paling menonjol--garis kehijauan pada 557.7 nm dan (terutamanya dengan elektron bertenaga lebih rendah pada altitud lebih tinggi) garis merah-tua pada 630.0 nm. Kedua-duanya merupakan peralihan terlarang aras tenaga oksigen atom yang (dengan ketiadaan perlanggaran) berterusan untuk masa yang lama, yang menerangkan pencerahan dan penyuraman yang beransur-ansur (0.5-1 saat) sinar aurora. Banyak garis lain turut dapat diperhatikan, terutamanya garis dari nitrogen molekul yang berubah lebih pantas, mendedahkan sifat dinamik sebenar aurora tersebut.

                    

Sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Aurora

Saturday, 25 February 2012

Stesen Geografi 2011

Sebuah program peningkatan akademik telah dilaksanakan oleh Panitia Geografi bagi membantu meningkatkan penguasaan murid-murid terhadap isi kandungan subjek Geografi. Sasaran bagi aktiviti kali ini adalah pelajar daripada kelas 3 Gemilang, 3 Cemerlang dan 3 Olimpik. Aktiviti ini telah diadakan pada 14 April 2011 (Khamis) sebagai persediaan untuk menghadapi peperiksaan Pertengahan Tahun 2011 secara khususnya dan PMR amnya. Aktiviti ini dijalankan bagi menggalakkan sikap bekerjasama pelajar dalam mencapai kejayaan.

Pelajar sedang merancang strategi untuk menjawab soalan-soalan yang diberi.


Pelajar bertungkus lumus menjawab soalan dalam masa yang ditetapkan.


 Menjawab soalan sehabis baik.


Peace..kami berjaya menjawab semua soalan.



  
Guru memantau pelaksanaan aktiviti.

Tuesday, 21 February 2012

Kerja Kursus Geografi PMR 2012

TUGASAN 1: EKOSISTEM HUTAN TERGANGGU DI KAWASAN KAJIAN

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang ekosistem hutan terganggu di kawasan kajian. Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
 • Konsep ekosistem hutan
 • Kepentingan ekosistem hutan
 • Faktor yang menyebabkan ekosistem hutan terganggu
 • Kesan ekosistem hutan terganggu
 • Cadangan untuk mengurangkan kesan ekosistem hutan terganggu
 • Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian
----------------------------------------------------------------------------------------------------
TUGASAN 2: PERNIAGAAN RUNCIT(PASAR MALAM/PASAR SARI/PASAR MINGGU/PASAR TANI/PASAR TAMU/PASAR LAMBAK)

Calon dikehendaki menjalankan satu kajian tentang perniagaan runcit yang berfokuskan perniagaan pasar malam/pasar sari/pasar minggu/pasar tani/pasar tamu/pasar lambak sahaja di kawasan tempat tinggal masing-masing.Kajian tersebut mestilah merangkumi perkara berikut:
 • Konsep dan jenis perniagaan runcit
 • Kepentingan perniagaan runcit
 • Faktor yang mempengaruhi perniagaan runcit
 • Kesan negatif perniagaan runcit
 • Cadangan untuk mengurangkan kesan negatif perniagaan runcit
 • Penerapan nilai atau unsur patriotisme dalam dapatan kajian
 

Sample text

Sample Text

Sample Text